Keperluan Nutrisi Lengkap Ibu Hamil Dalam Set Hamil Shaklee

20:05 0 Comments A+ a-

Setiap ibu hamil tentu teruja apabila mendapat berita kehamilan terutama kehamilan sulung. Sudah semestinya pelbagai persediaan dirancang untuk keperluan si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Buat masa terdekat, tentulah kesihatan ibu dan bayi menjadi keutamaan. Jadi, pastikan ibu mendapat keperluan nutrisi lengkap supaya ibu kekal tertenaga dan bayi membesar dengan sihat. Di sini Tinie cadangkan Set Hamil Shaklee yang telah membantu ramai ibu hamil di luar sana.

set hamil



Kenapa Set Hamil Shaklee ?


Set Hamil Shaklee mengandungi keperluan lengkap ibu dan bayi secara menyeluruh. Selain itu, vitamin Shaklee adalah semulajadi, tiada pewarna, tiada bahan tiruan dan bukan sintetik. Semestinya selamat untuk ibu & anak!

Apa yang ada dalam Set Hamil Shaklee ?


Set Hamil Shaklee mengandungi rangkaian vitamin yang diperlukan oleh tubuh si ibu dan perkembangan fizikal & mental bayi di dalam kandungan. Nutrisi yang lengkap menjamin kesihatan ibu sepanjang proses kehamilan dan menjauhkan risiko seperti anemia, darah tinggi, kencing manis dan berat badan berlebihan.

Vitamin Shaklee dalam Set Hamil Shaklee adalah seperti berikut :
  1. Vitalea with Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix
  5. ESP
  6. Omega Guard
set hamil shaklee

Vita-Lea Iron Formula


Vita-lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia turut diperkaya dengan zat besi yang diperlukan oleh tubuh ibu hamil. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, dan anemia.

Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Jadi pengambilan multivitamin adalah sangat penting sepanjang tempoh kehamilan.


B-Complex


B-complex Shaklee adalah antara B-complex paling lengkap yang diperlukan oleh tubuh. Ia lengkap dengan asid folik dan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

Asid folik ini penting pada 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal kemahilan. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama hamil ketika janin baru terbentuk.

Selain itu, B-complex penting demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B-complex juga vitamin anti stress kepada si ibu. Stress sewaktu hamil tak elok tau. Baby pun stress nanti. 😊


Vitamin C


Vitamin C sangat penting dalam membantu dalam penghadaman zat dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi. 

Selain itu, ia membantu penyerapan iron yang penting dalam pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Sebab itu lah ada sesetengah kes ibu tetap mengalami anemia walaupun mengambil pelbagai makanan tinggi ion kerana ion tersebut tidak diserap oleh tubuh. Tak cukup vitamin C la tu!

1 biji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji oren. Mampu tak nak makan oren 7 biji setiap hari? 😉

Ostematrix (kalsium & magnesium)


Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu hamil, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Ibu hamil memerlukan antara 1000mg-1300mg sehari. 

Bagi ibu hamil yang tidak mengambil kalsium dalam diet harian, maka kalsium yang penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi di dalam kandungan akan diserap dari kalsium yang sedia ada dalam tubuh ibu. Jika ibu tidak mengganti semula kalsium ini maka si ibu akan mengalami risiko osteoporosis lebih tinggi. Kekurangkan kalsium juga akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu.

Selain itu, kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung. Selalu kena simpul biawak tu sebab kurang kalsium la tu. Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Uniknya Ostematrix Shaklee ni, ia mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Lagi best, Ostematrix tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 0 lemak! Suka tak? 😁

ESP ( Energizing Soy Protein )


Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 

Jadi wanita hamil memang amat memerlukan protein untuk perkembangan bayi, dan pembentukan kuku, rambut dan kulit. Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Namun, sumber protein yang berkualiti amat penting dalam membantu untuk melawan penyakit, dan memberi tenaga kepada ibu yang mengalami "morning sickness" yang agak teruk.

ESP Shaklee juga dilengkapi dengan asid amino lengkap yang bertindak dalam membentuk otot dan organ bayi.

Omega Guard (EPA & DHA)


DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri selain membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Testimoni


Tinie dah tanya ramai yang ambil Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan mereka. Responnya memang terbaik!!!

testimoni set hamil


testimoni set hamil


testimoni set hamil


Jadi apa tunggu lagi? Jom segera dapatkan Set Hamil Shaklee bagi menjamin keperluan nutrisi lengkap ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Jangan biarkan masalah kesihatan sewaktu tempoh kehamilan berlarutan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi. Sayangi diri anda. Pilihlah yang terbaik untuk perkembangan si comel anda. 😍

Hubungi Tinie di 013-7796796 untuk mendapatkan Set Hamil Shaklee. Tinie sentiasa bersedia memberi konsultasi terbaik untuk anda! 


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549) 


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****

Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!


*** Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.