6 PETUA PUTIHKAN KULIT SELURUH BADAN SECARA SEMULAJADI

23:21 0 Comments A+ a-

Bila bercakap berkenaan kulit putih, siapa yang tak suka kan? Kalau boleh semua nak kulit putih mulus dari muka sampai tapak kaki. Rambut jer tak nak putih (uban) Ehek...

Kulit yang putih dan gebu memang menjadi idaman setiap orang terutamanya wanita. Ramai yang teruja bila diperkenalkan dengan produk memutihkan kulit. Tanpa berfikir panjang, terus beli dan pakai. Tapi berapa ramai di antara kita yang betul-betul pasti tahap keselamatan produk tersebut? Apakah kandungannya dan bagaimana ia berfungsi.

Di sini saya ada 6 petua bagaimana cara untuk putihkan kulit dengan berkesan dan selamat. Putih yang saya maksudkan di sini adalah kulit lebih cerah dan sihat tau. Bukan putih macam tepung gomak tu. Kalau toreh pun tak ada darah. Hmm... something wrong somewhere tu. 

PETUA PUTIHKAN KULIT 1 : SKRUB TOMATO



Bersihkan muka. Ambil sebiji tomato dan belah 2. Gosok dan sapukan tomato tadi ke seluruh wajah secara lembut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas wajah dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.


PETUA PUTIHKAN KULIT 2 : AIR BASUHAN BERAS



Siapa tak kenal air basuhan beras? Ala... air basuh beras la bila nak masak nasi tu... ehek Ada orang cakap air basuhan beras ni ada banyak khasiat untuk kecantikan. Ia dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Selalunya lepas basuh beras, kita buang jer airnya kan? Ok, air tu anda boleh simpan untuk anda putihkan kulit. Caranya? Ambil air basuhan tadi dan amalkan berendam dalam air basuhan beras selama 15-20 minit setiap hari. Kulit akan beransur cerah.


PETUA PUTIHKAN KULIT 3 : LEMON & SUSU



Penuhkan tab mandi dengan air panas (kalau tak ada tab mandi, cari la tong yang boleh muat untuk anda berendam.. hehe) Campurkan satu cawan susu penuh krim dan perahkan sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran tadi supaya sebati dengan air. Berendam selama 20 minit, dan bilas badan dengan air bersih.


PETUA PUTIHKAN KULIT 4 : YOGURT & MADU



Yogurt mengandungi enzim yang boleh putihkan kulit dengan lembut. Madu pula mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Campuran kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Caranya, campurkan satu bahagian madu bersama satu bahagian yogurt. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

PETUA PUTIHKAN KULIT 5 : MASKER BERAS PULUT



Ambil beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk atau kisar halus menjadi seperti serbuk bedak. Bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh badan. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.


PETUA PUTIHKAN KULIT 6 : INI FEVERET SAYA. VITAMIN C & ESP SHAKLEE!



Senang dan ringkas untuk putihkan kulit satu badan. Vitamin C telan jer. ESP bancuh dan minum. Siap! Tak perlu nak sediakan bahan-bahan bagai. Tunggu sampai 20 minit. Ahaks!

Dan lagi satu.. untuk putihkan kulit, campuran vitamin c dan ESP juga boleh dijadikan masker tau. Hebat tak? masker yang boleh dimakan. :)

Nak tau lebih lanjut macam mana vitamin c dan ESP ni berduet untuk cantikkan dan putihkan kulit kita, BACA SINI.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut, boleh hubungi saya di 0137796796.