Cara Atasi Masalah Keputihan Kronik Dengan Betul & Berkesan

Keputihan dan wanita adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Sikit atau banyak, pasti ada. Cuma yang perlu kita sentiasa waspada adalah normal atau tidak keputihan yang keluar. Jika keputihan yang keluar tidak normal, ia mungkin menandakan terdapat jangkitan bakteria yang mungkin boleh membahayakan dan mendatangkan rasa ketidakselesaan di bahagian vagina. Entry kali ini Tinie akan berkongsi cara atasi masalah keputihan kronik dengan betul dan berkesan.

Tapi sebelum tu, Tinie telah sediakan 1 video khas untuk anda menerangkan secara ringkas cara atasi masalah keputihan kronik dengan betul dan berkesan. Tengok tau. Tinie sediakan video ini khas untuk bantu anda atasi masalah keputihan. Rugi tak tengok.




Untuk membuat pesanan, sila klik butang di bawah.

Apa itu Keputihan?


Keputihan adalah lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang kronik yang memerlukan rawatan perubatan


Jenis-jenis keputihan


Keputihan Normal (Fisiologis)

Keputihan normal biasanya berwarna jernih atau kelabu. Sekiranya Keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna masih normal dan tiada jangkitan berlaku.

Keputihan Tidak Normal (Patologik)

Sekiranya keputihan berubah warna, berbau hanyir atau terdapat keradangan serta kegatalan pada faraj ia bermakna telah berlaku jangkitan dan keputihan tidak normal.

Namun begitu keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan  mental, jangkitan, ubat-ubatan atau penyakit dalaman.

Selain itu, keputihan juga akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksual juga boleh menambahkan lagi keputihan.


Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
BentukLendir yang cair dan tidak melekatLendir yang kental dan melekat
WarnaBerwarna putih atau krimBerwarna kuning atau kelabu atau hijau
BauTiada bauBerbau busuk
Jumlah yang dikeluarkanSedikitBanyak
KekerapanSemasa subur dan sebelum haidApabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lainTidak gatalGatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera


Punca-Punca Keputihan

  • Pemakanan tidak seimbang 
  • Faktor fisiologi atau pada waktu subur 
  • Faktor wanita sedang hamil, alami anemia, kekurangan zat 
  • Penggunaan alat pencegah kehamilan 
  • Infeksi mikroorganisme tertenti seperti kulat, baktetia, virus dan parasit 
  • Pakaian dalam yang tidak sesuai 
  • Penggunaan pantyliner dan pencuci wanita 

Keputihan yang tidak normal jika tidak dirawat boleh menyebabkan berlakunya keputihan kronik. Keputihan kronik jika dibiarkan boleh menyebabkan kemandulan. Ini kerana ia boleh merebak ke dalam saluran telur .

Set Keputihan Shaklee



Bagaimana nak dapatkan Set Keputihan Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan Set Keputihan Shaklee atau produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.



Ketahui 3 Tahap Dalam Proses Melahirkan & Jangan Lakukan 3 Perkara Ini Semasa Meneran!

Hai ibu-ibu sekalian! Anda sedang menanti kehadiran permata hati? Perasaan mesti bercampur baur kan? Sama la macam Tinie sekarang ni. Due date lagi sehari dua jer. Tapi masih belum ada tanda-tanda baby nak keluar lagi. Hehe.

So, sementara tunggu baby keluar, apa kata kita buat ulangkaji sikit tentang proses bersalin dan apa perkara yang perlu kita elakkan semasa bersalin nanti. Harap-harap nanti dalam labour room tak lupa la perkara-perkara ni kan. Almaklum la tengah sakit. Tak sedar apa jadi dah. 😅

Semasa proses bersalin, terdapat 3 tahap yang perlu ibu-ibu lalui, iaitu :



Tahap 1 : Tahap Pembukaan 


Tahap ni tahap paling lama yang harus ibu hamil lalui ketika memilih untuk melahirkan secara normal. Tahap ni dimulai dengan kontraksi di dinding rahim hingga saluran rahim terbuka secara penuh oleh kepala bayi. 

Kebiasaannya bagi ibu yang pertama kali melahirkan akan mengalami nyeri sekitar 12-14 jam dan 6-10 jam untuk kehamilan berikutnya. 

Tahap 1 lengkap ketika pembukaan jalan lahir menjadi 10cm. Maksudnya, pembukaan sempurna dan bayi bayi bersedia keluar dari rahim.


Tahap 2 : Tahap Pengeluaran Bayi


Tahap ini bermula apabila pembukaan telah penuh 10cm hingga bayi dilahirkan. Bayi akan lahir melalui mulut rahim dan vagina, sebelum ditarik keluar oleh doktor. 

Bagi ibu pertama kali melahirkan, masa yang diambil pada tahap 2 ini sekitar 1 jam. Bagi kelahiran seterusnya mengambil masa sekitar 20 minit. Namun bergantung juga pada tahap tenaga seseorang ibu untuk menolak bayi keluar.

Tahap 3 : Tahap Pengeluaran Plasenta


Setelah bayi keluar, kontraksi rahim masih berlaku, menekan pembuluh darah untuk mengurangkan pendarahan. Dalam masa 10 hingga 20 minit, plasenta atau uri akan tertanggal dari dinding rahim dan keluar melalui vagina.

Fuh... tiba-tiba baby dalam perut ni mengeras pulak bila bercerita tentang kontraksi ni. Berapa jam pulak la kontraksi bersalin kali ni. Harap-harap tak lama la kan. 😰

3 Perkara Mesti Dielakkan Semasa Bersalin




Proses bersalin dah tau. Seterusnya, apa perkara yang kita mesti elakkan semasa proses bersalin. Atau lebih tepat lagi, semasa kita meneran.

1. Berteriak


Berteriak / menjerit tidak akan membuat rasa sakit ketika kontraksi berkurang. Sebaliknya berteriak boleh menyebabkan hipoksia (tubuh kekurangan oksigen), sehingga boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan, tali pusat dan lain-lain. Sewaktu kontraksi datang, lembutkan tubuh, biar otot-otot dalam keadaan relaks. Tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan kerana ibu harus menyimpan tenaga untuk meneran nanti.

2. Menutup mata


Sewaktu melahirkan anak sebelum ini, nurse ada menegur supaya jangan pejamkan mata semasa meneran. Menutup mata boleh menyebabkan gangguan pada mata. Mata boleh menjadi merah dan pembuluh darah di bahagian mata pecah. 


3. Mengangkat punggung


Mengangkat punggung semasa meneran boleh menyebabkan koyakan menjadi lebih besar dan lebih banyak jahitan diperlukan.

Tinie harap dengan sedikit perkongsian ni dapat memberi sedikit panduan kepada bakal-bakal ibu di luar sana. Terutamanya kepada yang pertama kali akan bergelar ibu. 

Tinie doakan kelahiran anda dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. 

Oh ye, anda berpantang nanti macam mana yer? Waktu pantang ni adalah waktu kritikal untuk si ibu kembalikan kesihatan tubuh pada tahap optimum. Jadi, jaga pemakanan sebaiknya. Berikan nutrisi yang tubuh kita perlukan. Sepanjang 9 bulan hamil dan proses menyusu akan menyebabkan tubuh kita kehilangan nutrisi dan memerlukan lebih khasiat untuk dikongsi bersama si comel. 

Jadi Tinie sangat sarankan Set Berpantang Shaklee untuk kembalikan kesihatan tubuh dan mempercepatkan luka bersalin. 



Bagaimana nak dapatkan Set Bersalin Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee atau produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.



7 Kerja Rumah Yang Harus Dielakkan Semasa Hamil

Assalamualaikum ibu-ibu & bakal ibu sekalian. 

Entry kali ini Tinie nak berkongsi dengan anda semua 1 artikel yang sangat menarik daripada laman web theAsianparent MalaysiaActually artikel ni telah diterbitkan semula daripada laman web  theAsianparent Singapura

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu yang sedang menanti kelahiran permata hati supaya lebih berhati--hati dalam melakukan kerja-kerja rumah seharian. Rutin kerja rumah tu memang tak boleh dielakkan lagi kan. Tapi beberapa perkara harus kita titik beratkan agar kandungan dalam keadaan selamat dan kesihatan ibu sentiasa dalam keadaan terbaik. Sesekali apa salahnya dapatkan bantuan daripada suami tersayang dalam menyelesaikan beberapa kerja rumah. 😉



Apabila anda hamil, anda tidak dapat melakukan tugas seperti biasa. Biarpun anda teringin nak membersih dan menyediakan rumah untuk bayi yang bakal lahir, tapi anda perlu mengikut pantang larang semasa mengandung.

Semasa hamil, anda perlu mempertimbangkan kesihatan diri dan mengambil kira jika anda mempunyai sebarang komplikasi.

Ini kerana sesetengah kerja rumah tangga boleh membahayakan diri dan anak yang sedang berkembang di dalam kandungan.

Jadi, ibu-ibu hamil digalakkan untuk tidak buat 7 pantang larang semasa mengandung ini:

Produk pencuci rumah tinggi kimia merbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan

1. Elak guna produk pencuci yang kuat


Produk-produk seperti penyembur ubat nyamuk, sabun pembersih ketuhar dan peluntur semuanya diperbuat dari bahan kimia yang senang mengewap.

Jika anda perlu menangani masalah banyak nyamuk, ketuhar dan tandas yang kotor semasa hamil, cari produk alternatif.

Kapur semut dan pelekat lalat lebih selamat. Anda juga boleh menggunakan larutan cuka atau jus lemon dengan serbuk penaik baking soda untuk dijadikan pengganti produk-produk mencuci buatan kimia.

Mencari produk mencuci paling selamat untuk ibu hamil? Klik di sini.



2. Elak angkat barang-barang berat

Elakkan dari mengangkat barang-barang berat atau aktiviti berat seperti mengalih perabot. Ini pantang larang semasa mengandung yang kita sering dengar.

Apabila perut semakin besar, ini akan memberi tekanan tambahan kepada tulang belakang. Dapatkan bantuan orang lain dan jangan cuba nak hero. Kalau sakit pinggang nanti siapa yang tanggung?


Bahaya bela kucing bagi wanita hamil - Risiko bayi mati dalam kandungan, buta mata & cacat otak

3. Jangan bela haiwan peliharaan

Menukar dan mencuci bekas najis dan kencing kucing atau haiwan kesayangan anda boleh mendedahkan anda kepada pelbagai parasit dan kuman.

Risiko paling besar kepada janin ialah toksoplasmosis, iaitu sejenis jangkitan yang boleh didapati dalam najis kucing.

Jika anda perlu mencuci dan menguruskan haiwan peliharaan anda, jangan lupa untuk pakaikan sarung tangan dan membasuh tangan selepas itu.

4. Cuci kipas siling dan salin langsir

Cuba elak dari melakukan kerja-kerja di mana anda perlu memanjat atau naik atas kerusi mahupun tangga.

Dengan adanya perut yang besar, wanita hamil mungkin rasa kekok dan senang terjatuh. Jangan berdiri di atas meja, bangku mahupun tangga yang rendah, kesannya amat merberbahayakan.



5. Mengemop atau menyapu rumah

Sememangnya rumah anda tidak akan bersih secara automatik. Tapi kurangkan kerja rumah mengemop dan menyapu ke tahap minima untuk mengurangkan sakit belakang dan tekanan kepada otot-otot di belakang lutut anda.

Semasa mengemop atau menyapu, kadang-kadang ibu hamil perlu tunduk ke bawah atau bercangkung untuk menyapu bawah perabot.

Jika anda perlu mop lantai, pastikan anda berhenti dengan kerap untuk berehat, dan awas, lantai sangat licin ya!

“Saya tidak dapat mencuci pinggan kerana perut saya yang besar. Saya juga tidak dapat membasuh baju kerana jika saya bercangkung untuk memasukkan baju ke dalam mesin, saya akan menghadapi masalah untuk menaikkan badan saya kemudian.

Suami pun melarang saya untuk mengemop kerana takut kayu mop tercucuk perut. Dia kata pantang larang semasa hamil, ” kongsi Winona Tay.

Mop lantai dengan pencuci super power dengan kandungan semulajadi ada di sini.


6. Mencuci pinggan mangkuk

Pantang larang semasa mengandung yang baru ke ni? Bunyi macam alasan untuk escape cuci pinggan saja?

Nasihat ini ada sebabnya: kulit wanita boleh menjadi lebih sensitif apabila mereka hamil. Jadi jangan lupa untuk pakaikan sarung tangan apabila mencuci pinggan!

Dapatkan pencuci pinggan mangkuk bebas kimia di sini.



7. Memvakum

Ibu hamil senang letih jika dia perlu mengangkat mesin vakum merata-rata.

Okaylah, saya tahu ini bukan patang larang semasa hamil, tetapi anda pernah cuba tukar penapis mesin vakum dengan perut yang besar?

Bukan senang tau! Selain itu penapis yang perlu ditukar sudah pasti penuh dengan debu dan spora yang boleh merengsakan mata dan paru-paru anda.

Cakap je senang bukan? Akhirnya kita juga yang kena mencuci dan mengemas rumah. Tapi, gunakan peluang ini untuk berehat dan mengajak suami melakukan kerja rumah juga.

9 bulan jadi “princess” pun jadilah! 😊😊😊

Suzaitini Muhammad
013-7796796



Bengkak Susu? Ketahui 6 Cara Atasi Masalah Bengkak Susu Ibu Dalam Pantang.

Masalah bengkak susu terutama kepada ibu-ibu dalam tempoh berpantang sangat menyakitkan. Selepas melahirkan, perkara pertama yang akan kita fokuskan adalah bagaimana untuk sembuhkan luka bersalin secepat mungkin. Namun begitu, ada lagi satu masalah yang kadang-kadang para ibu terlupa iaitu masalah bengkak susu semasa berpantang.



Mungkin sesetengah kita tidak menduga kita akan menghadapi masalah ini. Tetapi bengkak susu ini boleh memberi kesan yang sangat besar kepada proses berpantang malah boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka waktu panjang. 

Sebelum Tinie teruskan dengan 6 cara atasi masalah bengkak susu, TInie ada menyediakan satu video untuk tatapan anda. Tengok yer. Tinie harap video ini dapat memberi manfaat kepada anda.




Klik butang di bawah untuk membuat pesanan sekarang.


Apa Tanda Bengkak Susu?



Antara tanda bengkak susu adalah rasa sakit dan tegang pada payudara, terasa keras, sedikit panas, dan jika disentuh, ada ketulan di dalamnya. Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan berasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.

Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.

Maka, Tinie ingin kongsikan beberapa cara atasi bengkak susu agar ianya dapat dikawal secepat mungkin terutama kepada ibu-ibu yang sedang berpantang.


6 Cara Mudah Atasi Masalah Bengkak Susu

1. TUAM AIR PANAS


Semasa payudara terasa sakit dan berat, cubalah lakukan tuaman air panas di rumah.

Terdapat beberapa cara melakukannya, sama ada menggunakan pek air panas, tuala yang direndam dengan air suam, dan mandian air panas di pancuran (shower). Dengan cara ini, dapat melancarkan perjalanan air susu di saluran yang tersumbat.


2. URUTAN PAYUDARA


Anda mungkin berasa sangat sensitif apabila payudara anda disentuh, apatah lagi diurut, bukan? Tetapi, jangan biarkan perasaan ini menghalang anda untuk melakukan urutan.

Urutan pada payudara amat membantu mengurangkan bengkak susu. Jadi, rajin-rajinkan mengurut payudara dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.

Anda juga boleh menggunakan sikat rambut yang bersih untuk membuat urutan dan menghilangkan ketulan-ketulan pada payudara.


3. GUNAKAN PAM  SUSU


Jika susu terlalu penuh, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan lebihan susu. Namun, pastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten.

Jangan keterlaluan dalam mengepam kerana ia boleh merangsang penghasilan susu yang berlebihan dan melebihi keperluan bayi hingga menyebabkan anda sering mengalami bengkak susu, melainkan anda ingin mengumpul stok susu apabila mula bekerja kelak.

Cara Melekap Yang Betul

4. MENYUSUKAN BAYI DENGAN KERAP


Anda akan mendapati bayi sukar melekap dengan betul akibat puting yang terlalu tegang atau tenggelam. Seperkara lagi, bayi mungkin tidak mahu menyusu apabila anda mengalami bengkak susu akibat aliran susu yang terlalu laju.

Jadi, anda boleh cuba memerah keluar sedikit susu lebihan dengan menggunakan tangan. Dengan cara ini, bayi lebih mudah untuk menyusu seperti biasa.

Jangan lupa gilirkan payudara dan pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam.



5. GUNAKAN BRA MENYUSU YANG SESUAI


Payudara yang terlalu penuh akan terasa berat dan boleh menyebabkan ibu berasa lenguh, bisa, dan letih yang luarbiasa.

Oleh itu, penggunaan bra yang sesuai amat penting bagi memastikan payudara anda disokong sepenuhnya oleh struktur bra menyusu yang baik.



6. PENGAMBILAN SUPPLEMENT SEPERTI LECITHIN


Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.

Secara mudahnya, lecithin bertindak sebagai pemecah lemak. Susu yang tersumbat  (lemak susu) di saluran susu dapat diuraikan dan mengalir dengan lancar.

Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.


CEPAT AMBIL TINDAKAN


Dalam sesetengah keadaan, bengkak susu boleh menyebabkan demam atau mastitis, iaitu jangkitan bakteria yang turut disebabkan oleh puting melecet atau puting tersumbat. Oleh itu, sekiranya anda mendapati payudara anda terlalu penuh, cepat-cepatlah pastikan agar anda mengambil salah satu tindakan di atas.

Seperkara lagi, jangan jadikan masalah bengkak susu sebagai penghalang untuk anda menyusukan bayi anda dengan kerap atau seperti biasa.

Bagi mengelakkan bengkak susu terjadi, amalkan pengambilan Lecithin setiap hari supaya anda tidak perlu menanggung kesakitan akibat bengkak susu.






Bagaimana nak dapatkan Lecithin Shaklee?


Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan Lecithin atau produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.




Cara Atasi Masalah Period Tak Stabil Elak Masalah Dalaman Lebih Serius

Period tak stabil? Bulan ni period, bulan depan tak period. Kadang-kadang 3-4 bulan sekali period. Normal ke keadaan macam ni? Ada sesetengah wanita memandang situasi ni sebagai biasa pada mereka sebab dah alami sekian lama.

Tapi betul-betul ke keadaan ni normal?

Sebelum Tinie bercerita lebih lanjut lagi, jom tengok dulu video khas yang Tinie sediakan untuk anda. Ye khas untuk anda. Tengok tau. Penting sangat.



Klik butang di bawah untuk membuat pesanan.



Dah habis tengok video tadi? 

Period tak stabil boleh jejaskan kesuburan kita. Betul tu. Period dan kesuburan ni memang ada kaitan secara langsung sebab melibatkan rahim kita kan. 

Setiap wanita dicipta untuk period setiap bulan. Fungsinya adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang ada dalam badan kita. Ia juga adalah salah satu cara untuk detox semulajadi. 

Analoginya macam ni. Setiap hari kita makan dan minum kan. Setiap makanan dan minuman yang telah diproses menjadi hampas atau buangan akan keluar melalui perkumuhan. 

Begitu juga dengan kes darah kita. Setiap hari akan ada sel darah baru dihasilkan. Sel lama akan mati. Jadi bagaimana kita nak keluarkan sel darah mati tu? 

Satu keistimewaan yang telah tuhan berikan kepada kita adalah period. Dengan period la kita boleh detox keluar segala darah kotor dari badan. Lelaki tak period kan? Sebab tu disunatkan para lelaki melakukan bekam. Tujuannya untuk keluarkan darah kotor tadi. 

Jadi, tanya semula pada diri kita. Normal ke kalau period kita tak datang secara berkala? Apa jadi dengan darah kotor dalam badan tu?

Apa yang dikatakan period tidak normal?



Menurut Doktor Zubaidi dalam drzubaidi.com, jika perempuan tidak mengalami kedatangan period melebihi 3 bulan, dikhuatiri mempunyai masalah perubatan dan perlulah bertanyakan doktor. Keadaan ini dinamakan amenorrhoea. Dibimbangi ianya adalah tanda awal kegagalan fungsi ovari yang mana akan menjadi masalah kesuburan yang serius.

Setiap wanita mengimpikan menjadi seorang ibu suatu hari nanti. Jadi, jika anda mengalami masalah period tidak stabil, tangani masalah ini dari awal. Dapatkan aturan period yang stabil dan teratur.

Atasi Masalah Period Tidak Stabil Dengan Vivix!




Seperti yang telah Tinie terangkan dalam video tadi. Masalah period tidak stabil ni berkait dengan sel kita yang tidak sihat. 

Fungsi Vivix memang telah terbukti dapat memperbaiki sel DNA kita. Setiap hari sel kita diancam kerosakan akibat radikal bebas. 

Apabila sel sihat, maka masalah period tidak stabil akan dapat diatasi. Sekaligus meningkatkan peratus kesuburan untuk mendapat anak. 


Bagaimana nak dapatkan Vivix Shaklee?


Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan Vivix atau produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.



DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)



Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.


Carian berkaitan : period tidak stabil, haid tidak stabil, cara atasi masalah period tidak stabil, cara atasi masalah haid tidak stabil, cara atasi masalah kesuburan, cara mengatasi masalah kesuburan, masalah wanita, masalah sakit puan, masalah dalaman wanita, vivix, vivix malaysia, cara atasi masalah hormon tidak stabil, cara mengatasi masalah hormon tidak stabil.